heda & wan's FotoPage

By: heda zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Oct-2006 11:00 Email | Share | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1427H

Aksi Rasyiqah dgn baju kurung berlabuci
muka aksen dapat duit raya
Hee.. sukanya dpt duit raya
cantik tak baju raya saya
Rasyiqah bersama sepupunya Shami
Gambar bersama Pakcu Rasyiqah...Ayah Shami
berdiri la betul2 Rasyiqah
Raya pertama...
keluarga bahagia di pagi raya
Cepat la ayah & umi Syiqah nak gi raya ni..
Posing la dulu Rasyiqah.. baru la beraya
Beraya di rumah Moyang Rasyiqah..
Bergambar bersama Moyang belah Ayah Rasyiqah
Eh..Ehh.. baju kite sama la..
Rasyiqah dgn sepupunya berbaju sama..
Bersama sepupu Rasyiqah
Tepuk amai amai...
belalang kupu kupu...
ni baju kurung makcik Na Rasyiqah buat
Cantiknya gaun Rasyiqah
Baju ni pakai raya kedua..
tengok la Ayah nak ambil gambar tu...
cepat la..tak sabar nak gi raya ni..
posing sblm keluar beraya
Raya kedua...kami sekeluarga berkonsep putih
Enal & Miza dgn baby Batrisya...
Baby Batrisya
bulatnya mata..ni anak buah Auntie Rasyiqah..
Cucu sedara ayah Rasyiqah...
Hai...Rasyiqah beraya rumah anak buah ni..
menari apa tu Rasyiqah..
best tak Rasyiqah menari...
jgn la pegang saya kak huda & kak yayah
best pulak dok atas ni ye..
Ayah nanti belikan Rasyiqah mcm baby ni ye..
Bermain bunga api dgn sepupu2 Rasyiqah
bulat mata Rasyiqah main bunga api
Rasyiqah bermain bunga api dgn Kak Fatin
Sabtu - 21 Oktober 2006
Hari Raya Adilfitri 1427H kami sekeluarga beraya kat Kelantan (umah mak wan) . Kami membuat keputusan bertolak selepas subuh seawal 6.30 pagi dari Sentul (umah mak heda) dgn harapan kami lah antara yang terawal bertolak untuk mengelakkan traffic jem yg akan dijangka pada hari tersebut. Sesampai di tol gombak menghala ke Karak, dingin dinihari masih terasa dengan kenderaan berkapasiti sederhana baru nak memulakan perjalanan. Keadaan sepanjang lebuhraya Karak traffic masih ditahap normal. Selepas tol karak utk Exit bentong jangkaan kami meleset .. kelihatan polis traffic sedang mengawal lalulintas menghala ke Bentong yg bermulalah episod 'traffic jem' yg memilukan suasana perjalanan balik raya. Sepanjang-panjang bentong + - 30-40 km ke Raub dan seterusnya ke Kuala Lipis traffic jem berlaku di tahap L.O.S F++ Drpd 6.30 pagi bertolak, kami sampai di Kg Kelar Pasir Mas jam 7.00 mlm waktu ahli keluarga sedang enak berbuka puasa....maknanya perjalanan kami mengambil masa lebih 12 jam dari sepatutnya iaitu 7 jam ...naik kematu punggung...bayangkanlah....tapi, alhamdulillah, sepanjang perjalanan, rasyiqah tido je ....kami dpt maklumat ada yg bertolak jam 8.00pagi ada yg sampai jam 10.00mlm... apa2 pun kami sekeluarga selamat sampai..

Ahad - 22 Oktober 2006
Selepas bersarapan pagi, kami, Kak Na (kakak wan) dan beberapa orang anaknya g ke Bandar Pasir Mas untuk beli beberapa kelengkapan raya...Kami suami isteri nak beli baju raya Rasyiqah & 2 - sepupunya.... Adalah 7-8 pasang baju raya Rasyiqah termasuk beli kat Pasir Mas...Sebelah petangnya, kami sekeluarga & mek pergi ke Hospital Pasir Mas tengok Kak Ya (kakak ipar wan) tak sihat, kena tahan wad ....semoga kak ya cepat sembuh....malam pula kami berbuka puasa pertama kali dengan keluarga kat sini...berbuka puasa beramai² ni seronok gak ...meriah je suasana

Isnin - 23 Oktober 2006
Hari ni adalah hari terakhir puas setelah semalam tgok anak bulan...Pagi ni kami buat persiapan terakhir...mek (mak mertua heda) tengah siap² mek buat ketupat dakap dengan ketupat palas..sedap tu...tapi yang tak sedapnya, Rasyiqah x sihat (demam + selsema + batuk)..Risau la pulak..alhamdulillah kami dah prepare ubat dia sebelum balik kelantan...harap x teruk la masa raya nanti...Heda dah stat menggosok baju raya untuk kami sekeluarga ....

Selasa - 24 Oktober 2006
Hari ni hari raya pertama....Pagi sebelum solat hari raya, badan rasyiqah panas sangat..risau gak dibuatnya...Jadi, ayah Rasyiqah je g solat hari raya sebab Rasyiqah tak sihat....Abis solat hari raya, kami sekeluarga pegi beraya di rumah sanak saudara yg terdekat....tu yg Rasyiqah bergambar dgn moyangnya.. ...Badan Rasyiqah lak dah tak panas....



Rabu - 25 Oktober 2006
Raya kedua kami beraya di rumah Jaha & Mimi, kemudian di rumah Enal & Miza dgn babynya, Najiha...Kemudian, kami singgah kat Bandar Pasir Mas sebab Heda teringin nak makan mee celup...Kat Kelantan, mee celup dia sedap...dah tu murah lak..kalo kat KL, x payah cakap la...x jadi mee celup punyala..mahal lak tu





Khamis - 26 Oktober 2006
Tengahari raya ketiga kami sekeluarga bertolak balik utk beraya di Rembau, N9... . Perjalanan balik tiada traffic jem cuma hujan lebat menghalang kami dari drive laju....so sampai di Rembau +- kul 10mlm "Biar Lambat Asal Selamat..Ingatlah Orang Yg Tersayang.. Anda Mampu Mengubahnya".... Tapi 10 jam gak la kami dalam perjalanan

Jumaat - 27 Oktober 2006
Raya keempat kemi beraya di Kuala Pilah...kemudian g beraya kat umah Pak Lang kat Bukit Rimau dengan achik sekeluarga malam tu juga...dah abis, kami terus balik ke Puchong... Rasyiqah bukan main penat.. balik rumah kami dia asyik tidur je sepanjang hari... mcm dia pulak yg drivernya... lagipun dia x sihat...cian anak ayah dengan ummi ni....

Sabtu - 28 Oktober 2006 & Ahad - 29 Oktober 2006
Dua hari ni, kami berehat je kat rumah...kemas² umah, pasang langsir dsbg...Rasyiqah lak, banyak tido dari berjaga....penat sangat la tu...jangankan dia, kami pun penat...Hari isnin kami dah start keje balik...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net